Kacukan F1

Kacukan F1 merupakan istilah yang digunakan di kalangan genetik dan pembiakan pilihan. F1 mewakili Filial 1, generasi filial pertama biji benih/tumbuhan atau haiwan terhasil dari pengawanan silang jenis keluarga yang jauh berbeza.[1] Istilah ini kadang kala digunakan dengan skrip kecil ("subscript"), seperti F1 hybrid.[2][3]Anak dari jenis keluarga jauh berbeza menghasilkan variati baru, sekata dengan ciri-ciri tertentu dari samaada salah satu atau kedu-dua keluarga. Bagi pembiakan ikan, keluarga yang biasa adalah dari spesies ikan yang berkait rapat, sementara bagi genetik tumbuhan dan ikan biasanya dari dua garis pembiakan dalam. Baghal merupakan kacukan F1 antara kuda dan keldai. Hari ini, sesetengah kacukan ternakan, seperti kucing Savannah, dikelaskan menurut nombor generasi kemundiran diri "filial". Kajian oleh Gregor Mendel pada abad ke-19 menumpu pada pola pewarisan dan asas genetik bagi kepelbagaian. Dalam ujian pendebungaan silangnya membabitkan dua induk pembiakan asal, atau homozygous, Mendel mendapati bahawa generasi F1 adalah heterozygous dan tegal. Anak menunjukkan gabungan phenotaip dari setiap keluarga yang kuat secara genetik. Jumpaan Mendel membabitkan generasi F1 dan F2 meletakkan asas genetik moden.